Tuesday 3 December 2013

Akim Ahmad Merajuk

                                                              Dear Blog
Beberapa hari lepas Akim Ahmad ada berkongsi beberapa kemaskini di laman sosial Twitter meluahkan perasaan kecewanya.
Dengan membaca tajuk di atas pasti ramai pembaca di luar sana yang tertanya-tanya apakah punca Akim merasa kecewa. Adakah Akim mempunyai masalah dengan Stacy yang pernah digosipkan bercinta dengannya?
Namun begitu, diharapnya para peminat Akim dan Stacy tidak cepat melatah kerana penyanyi ini sebenarnya kecewa apabila dua buah lagunya tidak berjaya memasuki pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28).
Artikel berkaitan:
Hafiz Suip Terus Mara Ke AJL28
Terdahulu, Akim mempertaruhkan lagu Menunggumu dan sebuah lagi lagu berjudul Kembali yang merupakan duetnya bersama Stacy hingga ke peringkat separuh akhir.
Menerusi beberapa statusnya di laman sosial tersebut, Akim menyatakan berkemungkinan besar tidak akan menyertai AJL pada tahun hadapan selepas penyertaannya selama empat tahun selama ini cuma layak ke peringkat semi final sahaja.
Dalam masa yang sama, Akim turut menafikan dirinya mengalah sebaliknya hanya enggan mencalonkan karyanya dalam pertandingan tersebut pada tahun hadapan.
Tapi bila difikirkan semula, lagu-lagu Akim yang tercalon pada tahun ini boleh tahan sedap juga. Namun mungkin karya muzik penyanyi yang lain lebih menepati citarasa juri dan peminat.

Monday 2 December 2013

Peminat Akim Ahmad

Asmk Semua . Ha. Lama x Update Blog . Maklumlah . Budak Sekolah Nk Exam . Tapi Apa Pun . Hrai NK Story Sikit . Haikal Ni Peminat Akim . Sebab Apa Haikal Minat Dia ? . Sebab  Dia Ni Handsome , Smart . Baik Hati . And Haikal Anggap Dia Sebagai Abng Angkat K . Sebab Suara Dia Memang Sedap . Biarlah Orang Nk Cakap Apa Pun . Asalakan Dia Berjaya Dalam Kejayanya . Peminat Dia Sayang Akim . As Same As Me . Tak Kisah Kalau Orang Cakap Aku Ni Fanatik . Yes Memang Aku Fanatik . So . Ada Ku Kesah .